Ini gambar ketika Jamuan tahunan pada 1995 yang berlangsung di Hotel Concord Kuala Lumpur. Ketika itu aku masih bertugas di Gudang di Subang Jaya, Selangor. Kebiasaannya setiap kali jamuan ini diadakan, mesti ada tema sekali. Pada tahun 1995 ni tema yang dipilih adalah Courts Masquerade Night. Kami semua dikehendaki menggayakan kostum yang unik atau setidak-tidaknya lain dari yang lain. Mana yang tidak mempunyai idea, tidak lah mereka tu beria-ia. Tapi bila kita dah bertungkus lumus di bahagian stor, apa salahnya sekali-sekala enjoy! Dari kiri Suraidi, gua, Hadzari Misdar dan Razak Jailani.
bagi yang mempunyai modal, mereka sanggup berhabisan untuk bergaya malam itu. Apa salahnya,sekali-sekala. Bagi yang tak berapa
bermodal macam group aku ni, sudah memadai menggunakan segala kreativiti untuk mencipta topeng yang akan digayakan pada malam itu. Topeng yang aku pakai tu hanya siap pada petang menjelang majis tersebut. Aku dan Rasli sama-sama mencipta topeng dirumah bujang di Court 3 USJ Subang Jaya.Dari kiri-Jali @ Jengjeng, Atan, Loncos dan Hassan.
Dari kiri-Rasli Jaafar, Razak Jailani, Sharipuddin Alias, Sazali & Hadzari Misdar
Pada malam itu, mereka yang begitu kreatif mereka kostum telah di anugerahkan dengan hadiah yang lumayan. Salah seorangnya aku la. Malam itu aku mengondol tempat ke 2. Peserta yang menjuarai pada malam itu seorang wanita. Tak ingat la siapa. Tapi yang tak aci nya, kemenangan dia hasil dari tepukan kawan-kawan. Ada ke macam tu. Kawan-kawan aku usah harap la. Ada yang tidur bawah meja. Camne nak tolong tepuk. Pada keseluruhannya acara pada malam itu amat meriah. Artis popular iaitu Fauziah Latif turut menghiburkan semua hadirin.
Blogger Templates
No comments:
Post a Comment