Pages

Sunday, December 26, 2010

Majlis Pertunangan Rasli & Ana




Tanggal 20 November 2010 telah berlangsung Majils pertunangan Bro Rasli dengan wanita pilihannya Ana yang berlangsung di Felda Tementi, Teriang Pahang. Sebelum rombang peminangan bertolak, kami sanak saudara berkumpul di rumah Tok di Kampung Kuala Sentul, Maran Pahang. Seperti lazimnya, jamuan makan dan majlis doa selamat secara sederhana diadakan disana. Hari tu Tok menyajikan Nasi Dagang. Setelah selesai jamuan, rombongan kami bertolak dari Kg Kuala Sentul jam 9.30 pagi dan atas persetujuan semua, kami akan berkumpul di Simpang Chenor takut-takut ada yang ketinggalan. Maklum le semuanya racer belaka.


Aku orang yang kedua sampai selepas Pak Ngah Sa (sepupu). Gambar diatas menunjukkan Bro Rasli sedang mengarahkan kami semua berkumpul di jambatan Sultan Hj Ahmad Shah,Chenor. Ini disebabkan berlakunya kerja-kerja penaikan taraf jalan dan di khuatiri akan mengganggu kelancaran trafik.

Biasalah orang perempuan, kalau bertemu mesti nak menyembang!

Ayah Kitam sedang berbual dengan Pak Ngah Sa. Topik apa la agaknya. Pasal "Tekek" agaknya. Maklum le tengah hangat sekarang.

Tok sedang melayan cucunya Ngah

Kak Long Liza & Mak Chu Azam

kami berhenti di belakang Perhentian Teksi dan Bas Bandar Bera. Sempat la diorang mencari tandas. Yang lucunya Pak Sedara aku semua sempat lagi mengeteh secara rahsia.

Rombongan telah selamat sampai ke perkarangan rumah wakil perempuan


Mak Long. Ibu kepada Bro Rasli







Persetujuan telah dicapai.

Acara menyarung cincin

Sesi bergambar. 

Seronok bergambar. Aku jugak takde orang nak ambil gambar. Hai, nasib jurufoto camni lah.



Borak-borak selepas menjamu selera

Majlis selesai.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...