Gambar diambil kira-kira berberapa bulan sebelum penutupan RSCKV. Topi yang Midon pakai sebagai props tu aku yang punya, pemberian dari Azizi jepon tak jadi masa dia kerja di projek pembinaan Cheras Rehabilitation Center dulu. Kelihatan yang nampak kepala je tu, Syamsul Anuar. Yang belakang tu sambil cekak pinggan tu tak pasti siapakah entiti tu.
Aku memang suka kumpul topi. Kat dalam office ni macam-macam topi yang aku simpan. Topi Courts,Liverpool, topi koboi ,topi kontraktor dan topi german. Kini koleksi topi semua tu dah takde lagi. Sehari selepas Raya Haji tahun 2009, bilik ni dah di pecah oleh kontraktor yang nak renovate bangunan ni. Habis semua topi-topi koleksi aku hilang entah kemana.
No comments:
Post a Comment