Pages

Thursday, December 30, 2010

Destinasi tak pasti


kepada kawan-kawan yang mengenali aku, mesti korang kenal kenderaan mana satu ni. 

Sunday, December 26, 2010

Majlis Pertunangan Rasli & Ana




Tanggal 20 November 2010 telah berlangsung Majils pertunangan Bro Rasli dengan wanita pilihannya Ana yang berlangsung di Felda Tementi, Teriang Pahang. Sebelum rombang peminangan bertolak, kami sanak saudara berkumpul di rumah Tok di Kampung Kuala Sentul, Maran Pahang. Seperti lazimnya, jamuan makan dan majlis doa selamat secara sederhana diadakan disana. Hari tu Tok menyajikan Nasi Dagang. Setelah selesai jamuan, rombongan kami bertolak dari Kg Kuala Sentul jam 9.30 pagi dan atas persetujuan semua, kami akan berkumpul di Simpang Chenor takut-takut ada yang ketinggalan. Maklum le semuanya racer belaka.


Aku orang yang kedua sampai selepas Pak Ngah Sa (sepupu). Gambar diatas menunjukkan Bro Rasli sedang mengarahkan kami semua berkumpul di jambatan Sultan Hj Ahmad Shah,Chenor. Ini disebabkan berlakunya kerja-kerja penaikan taraf jalan dan di khuatiri akan mengganggu kelancaran trafik.

Friday, December 17, 2010

Masquerade Night 1995




Ini gambar ketika Jamuan tahunan pada 1995 yang berlangsung di Hotel Concord Kuala Lumpur. Ketika itu aku masih bertugas di Gudang di Subang Jaya, Selangor. Kebiasaannya setiap kali jamuan ini diadakan, mesti ada tema sekali. Pada tahun 1995 ni tema yang dipilih adalah Courts Masquerade Night. Kami semua dikehendaki menggayakan kostum yang unik atau setidak-tidaknya lain dari yang lain. Mana yang tidak mempunyai idea, tidak lah mereka tu beria-ia. Tapi bila kita dah bertungkus lumus di bahagian stor, apa salahnya sekali-sekala enjoy! Dari kiri Suraidi, gua, Hadzari Misdar dan Razak Jailani.


bagi yang mempunyai modal, mereka sanggup berhabisan untuk bergaya malam itu. Apa salahnya,sekali-sekala. Bagi yang tak berapa

Thursday, December 16, 2010

Hamidon dan Topi

Gambar diambil kira-kira berberapa bulan sebelum penutupan RSCKV. Topi yang Midon pakai sebagai props tu aku yang punya, pemberian dari Azizi jepon tak jadi masa dia kerja di projek pembinaan Cheras Rehabilitation Center dulu. Kelihatan yang nampak kepala je tu, Syamsul Anuar. Yang belakang tu sambil cekak pinggan tu tak pasti siapakah entiti tu.
Aku memang suka kumpul topi. Kat dalam office ni macam-macam topi yang aku simpan. Topi Courts,Liverpool, topi koboi ,topi kontraktor dan topi german. Kini koleksi topi semua tu dah takde lagi. Sehari selepas Raya Haji tahun 2009, bilik ni dah di pecah oleh kontraktor yang nak renovate bangunan ni. Habis semua topi-topi koleksi aku hilang entah kemana.

Genap setahun-Langkawi

Pemandangan di pantai Tanjung Rhu. Sam & Azizi sedang merakam fenomena alam yang cukup indah di waktu senja. ( ada awek seksi kat depan tu )


Sam & Azizi sedang merehatkankan kaki yang tak penat mana. Aku yang teruk drive keliling pulau ni tau tak! Mana gambar aku? Sapa pulak nak ambik gambar ni kalau aku enter frame. Midon? emmm tak payah laa..nampak awek, hilang la dia.


Ni kapal mewah belakang ni semuanya....bukan aku punya



Lagi pose di pantai Tanjung Rhu


Best nya, dah lama beno tak rasa air laut. Hajat hati nak mandi, tapi dah nak Maghrib. Tak sempat la jawabnya.


Mula-mula nak naik feri ke Langkawi.Masa ni masih berada di Jeti kuala Perlis. Sempat posing! Dari kiri Syamsul Anuar (Sam), Sharipuddin Alias(Din Loncos),Hamdon Ibrahim







Saturday, August 7, 2010

Demam denggi

Sekarang ni Jabatan Kesihatan selalu ronda kampung aku. Nak buat pemeriksaan Nyamuk Aedes. Setiap kali lepas hujan lebat semalam, mesti ada van Jabatan Kesihatan lalu depan rumah. Dengan pantas pi curah air dalam tempayan takut kena denda.

Teringat melawat sorang sahabat

Showroom Kluang



Masa mula-mula kerja di Courts Kluang Johor. Gambar ni dirakamkan pada tahun 1992. Nama kakak sebelah tu pun aku dah lupa. Yang aku ingat di orang Melaka. Sorry kak tak ingat nama. Masa ni seronok kerja. Pagi kat Showroom. Petang ikut driver lori namanya Zali tapi kitorang panggil Ah Seng,pergi hantar barang ke serata Bandar Kluang.
Ah Seng ni melayu tapi

En Razak



Bila tiba Bulan Ramadhan ni teringat kisah puasa tahun lepas. Boss...takde orang nak beli nasik sahur tahun ni. Kena cari orang baru le. Ada port tak? heh he...

Tapi En Razak memang best. Bos paling cool dan Sporting. Sesiapa yang kerja dengan orang ni memang korang beruntung dapat Bos cam ni. Good luck whatever you do, wherever you are..

Untong kah...



Baru-baru ni Sifu aku ni ada call menceritakan masalahnya. Dulu aku selalu berada disampingnya mendengar keluhan. Sekarang bila berada berjauhan ni susah la sikit. Aku mula teringat kenangan lucu bersama Wak. Walaupun dari 20 yang dia cerita, 5 belum tentu betul, aku anggap tu sekadar hiburan yang boleh dijadikan pengubat stress. Tapi kalau ada insan yang tak kenal siapa dia ni, pasti akan sakit hati dengan gurauannya. Tu lah dia nya. Aku kadang-kadang terfikir juga,bukan semua manusia ni sama, boleh bawa bergurau. Ada bebudak nakal cakap "kalau tak boleh gurau, gi duduk surau"..

Friday, July 2, 2010

Coco

Coco ni di bawa dari Subang Jaya ke Jengka. 2 Jam selepas perjalanan, coco turun dari kereta dalam keadaan mengeletar dan ketakutan. Sekarang dia dah happy. Dunia di kampung adalah lebih seronok agaknya. Di bandar dia tak pernah jumpa katak, cicak, rumput dan macam-macam lagi. tengok lah tu memanjat dinding!

Thursday, July 1, 2010

Menara Condong Teluk Intan

Gambar ni diambil ketika aku ke Manjung. Tujuan nya nak bayar saman tertunggak. Kalau tak bayar, tak idup le roadtax kereta aku. Aku ajak Samsul Anuar dan Azizi jepon tak jadi ikut buat peneman. Biasa lah, bila dah settled kerja, merayau la pulak sampai ke Teluk Intan.
Sekali pandang kita pasti teringat bentuk Pagoda yang banyak terdapat di Tanah Besar China.mmm kat Genting Highlands pun ada. Menara ni telah dibina pada tahun 1885. Ada lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Struktur nya diperbuat daripada batu-bata kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak. Puncak bangunan berukuran 27 kaki. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya.
Difahamkan dibawah menara ini terdapat satu telaga besar. Ia berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk kegunaan penduduk setempat. Tapi itu dulu la,  sekarang deme udoh pekei ayor paip. Kalau lalu ke pekan Teluk Intan, singgah-singgah le ambik gambar. Rugi kalau tak singgah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...