Wednesday, March 30, 2011
Pengantin di Studio
Thursday, December 30, 2010
Sunday, December 26, 2010
Majlis Pertunangan Rasli & Ana
Tanggal 20 November 2010 telah berlangsung Majils pertunangan Bro Rasli dengan wanita pilihannya Ana yang berlangsung di Felda Tementi, Teriang Pahang. Sebelum rombang peminangan bertolak, kami sanak saudara berkumpul di rumah Tok di Kampung Kuala Sentul, Maran Pahang. Seperti lazimnya, jamuan makan dan majlis doa selamat secara sederhana diadakan disana. Hari tu Tok menyajikan Nasi Dagang. Setelah selesai jamuan, rombongan kami bertolak dari Kg Kuala Sentul jam 9.30 pagi dan atas persetujuan semua, kami akan berkumpul di Simpang Chenor takut-takut ada yang ketinggalan. Maklum le semuanya racer belaka.
Aku orang yang kedua sampai selepas Pak Ngah Sa (sepupu). Gambar diatas menunjukkan Bro Rasli sedang mengarahkan kami semua berkumpul di jambatan Sultan Hj Ahmad Shah,Chenor. Ini disebabkan berlakunya kerja-kerja penaikan taraf jalan dan di khuatiri akan mengganggu kelancaran trafik.
Friday, December 17, 2010
Masquerade Night 1995
Ini gambar ketika Jamuan tahunan pada 1995 yang berlangsung di Hotel Concord Kuala Lumpur. Ketika itu aku masih bertugas di Gudang di Subang Jaya, Selangor. Kebiasaannya setiap kali jamuan ini diadakan, mesti ada tema sekali. Pada tahun 1995 ni tema yang dipilih adalah Courts Masquerade Night. Kami semua dikehendaki menggayakan kostum yang unik atau setidak-tidaknya lain dari yang lain. Mana yang tidak mempunyai idea, tidak lah mereka tu beria-ia. Tapi bila kita dah bertungkus lumus di bahagian stor, apa salahnya sekali-sekala enjoy! Dari kiri Suraidi, gua, Hadzari Misdar dan Razak Jailani.
bagi yang mempunyai modal, mereka sanggup berhabisan untuk bergaya malam itu. Apa salahnya,sekali-sekala. Bagi yang tak berapa
Thursday, December 16, 2010
Hamidon dan Topi
Gambar diambil kira-kira berberapa bulan sebelum penutupan RSCKV. Topi yang Midon pakai sebagai props tu aku yang punya, pemberian dari Azizi jepon tak jadi masa dia kerja di projek pembinaan Cheras Rehabilitation Center dulu. Kelihatan yang nampak kepala je tu, Syamsul Anuar. Yang belakang tu sambil cekak pinggan tu tak pasti siapakah entiti tu.
Aku memang suka kumpul topi. Kat dalam office ni macam-macam topi yang aku simpan. Topi Courts,Liverpool, topi koboi ,topi kontraktor dan topi german. Kini koleksi topi semua tu dah takde lagi. Sehari selepas Raya Haji tahun 2009, bilik ni dah di pecah oleh kontraktor yang nak renovate bangunan ni. Habis semua topi-topi koleksi aku hilang entah kemana.
Genap setahun-Langkawi
Pemandangan di pantai Tanjung Rhu. Sam & Azizi sedang merakam fenomena alam yang cukup indah di waktu senja. ( ada awek seksi kat depan tu )
Sam & Azizi sedang merehatkankan kaki yang tak penat mana. Aku yang teruk drive keliling pulau ni tau tak! Mana gambar aku? Sapa pulak nak ambik gambar ni kalau aku enter frame. Midon? emmm tak payah laa..nampak awek, hilang la dia.
Ni kapal mewah belakang ni semuanya....bukan aku punya
Lagi pose di pantai Tanjung Rhu
Best nya, dah lama beno tak rasa air laut. Hajat hati nak mandi, tapi dah nak Maghrib. Tak sempat la jawabnya.
Mula-mula nak naik feri ke Langkawi.Masa ni masih berada di Jeti kuala Perlis. Sempat posing! Dari kiri Syamsul Anuar (Sam), Sharipuddin Alias(Din Loncos),Hamdon Ibrahim
Saturday, August 7, 2010
Demam denggi
Sekarang ni Jabatan Kesihatan selalu ronda kampung aku. Nak buat pemeriksaan Nyamuk Aedes. Setiap kali lepas hujan lebat semalam, mesti ada van Jabatan Kesihatan lalu depan rumah. Dengan pantas pi curah air dalam tempayan takut kena denda.
Teringat melawat sorang sahabat
Teringat melawat sorang sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)