Pages

Friday, July 2, 2010

Coco

Coco ni di bawa dari Subang Jaya ke Jengka. 2 Jam selepas perjalanan, coco turun dari kereta dalam keadaan mengeletar dan ketakutan. Sekarang dia dah happy. Dunia di kampung adalah lebih seronok agaknya. Di bandar dia tak pernah jumpa katak, cicak, rumput dan macam-macam lagi. tengok lah tu memanjat dinding!

Thursday, July 1, 2010

Menara Condong Teluk Intan

Gambar ni diambil ketika aku ke Manjung. Tujuan nya nak bayar saman tertunggak. Kalau tak bayar, tak idup le roadtax kereta aku. Aku ajak Samsul Anuar dan Azizi jepon tak jadi ikut buat peneman. Biasa lah, bila dah settled kerja, merayau la pulak sampai ke Teluk Intan.
Sekali pandang kita pasti teringat bentuk Pagoda yang banyak terdapat di Tanah Besar China.mmm kat Genting Highlands pun ada. Menara ni telah dibina pada tahun 1885. Ada lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Struktur nya diperbuat daripada batu-bata kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak. Puncak bangunan berukuran 27 kaki. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya.
Difahamkan dibawah menara ini terdapat satu telaga besar. Ia berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk kegunaan penduduk setempat. Tapi itu dulu la,  sekarang deme udoh pekei ayor paip. Kalau lalu ke pekan Teluk Intan, singgah-singgah le ambik gambar. Rugi kalau tak singgah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...